Rabu, 25 Mei 2011

Fakta Sebalik Isihati, Isyarat & Kata-kata Yang Diberi Lelaki



Fakta Sebalik Isihati, Isyarat & Kata-kata Yang Diberi Lelaki
Fakta #01 Lelaki tidak selalunya tertarik kepada wanita yang cantik tetapi lebih terpesona kepada wanita yang kemas dan menawan keterampilannya. Fakta #02 Lelaki tidak suka kepada yang suka berpoya-poya.
Fakta #03 Lelaki boleh menyukai kamu seketika dan melupakanmu selepas itu.
Fakta #04 Apabila seorang lelaki mengatakan yang dia tidak memahami anda, ia sebenarnya bermaksud anda tidak berfikir sepertinya.
Fakta #05 Apabila seorang lelaki mengatakan 'You tengah buat apa?' atau 'You dah makan?', adalah pertanyaan biasa dilafazkan untuk menghilangkan rasa gagap atau kekok (stammering).
Fakta #06 Seorang lelaki dapat berfoya-foya sehari suntuk tetapi sebelum dia tidur, dia akan mengingati wanita yang benar-benar dia hiraukan.
Fakta #07 Bila seorang lelaki benar-benar suka pada seorang wanita, dia tidak akan mempedulikan apa juga sikap buruk yang ada pada diri wanita itu. Fakta #08 Lelaki boleh jadi tidak menentu hanya dengan senyuman seorang wanita.
Fakta #09 Lelaki akan buat apa saja untuk mendapatkan perhatian wanita. Fakta #10 Lelaki menyampah apabila seorang wanita selalu berbual tentang bekas kekasihnya.
Fakta #11 Lelaki juga menangis!!!
 Fakta #12 Jangan bangkitkan kemarahan (provoke) seorang lelaki kerana mereka akan marah.
Fakta #13 Bila seorang wanita berjaya menyentuh hati seorang lelaki, tidak ada jalan untuk berpatah balik.
 Fakta #14 Lelaki secara purata memang pandai memuji atau berjinak-jinak (flirt) dengan ramai wanita tetapi akan gugup bila berdepan dengan wanita yang benar-benar disukainya.
Fakta #15 Bila seorang wanita mengatakan 'Tidak', bagi lelaki ia mengatakan 'Cuba lagi esok'.
Fakta #16 Secara purata, lelaki amat menyayangi ibunya.
Fakta #17 Lelaki sanggup mengorbankan duit makannya hanya untuk membelikan sekuntum dua bunga ros untuk si wanita.
Fakta #18 Lelaki sering kali teringat kepada wanita yang menyukainya tetapi itu tidak bererti si lelaki juga menyukainya.
Fakta #19 Wanita tidak akan pernah dapat memahami lelaki jika tidak pernah cuba mendengar.
Fakta #20 Awas. Bila lelaki mengumpat, ngumpatan lebih pantas tersebar ke separuh dunia daripada wanita.
Fakta #21 Seperti Hawa, wanita adalah kelemahan lelaki.
Fakta #22 Lelaki selalunya bersikap terbuka mengenai dirinya.
Fakta #23 Adalah baik untuk menguji seseorang lelaki sebelum dipercayainya tetapi jangan terlalu lama buat dia menunggu.
Fakta #24 Lelaki paling tidak suka apabila bajunya kotor biarpun hanya setitik tanda kekotoran.
Fakta #25 Lelaki amat mengkagumi wanita yang dia minati biarpun wanita itu tidaklah secantik mana.
Fakta #26 Ada kalanya apabila seseorang lelaki bercerita mengenai masalahnya, selalunya lelaki itu hanya inginkan seseorang untuk mendengar. Wanita yang mendengar tidak perlu beri nasihat.
Fakta #27 Antara cara untuk mengetahui seorang lelaki itu menyukai atau minat akan seseorang wanita adalah apabila lelaki itu mengusik.
Fakta #28 Lelaki akan mencari jalan apa saja untuk memesongkan wanita dari mengaitkan diri lelaki tersebut dengan seseorang yang lain.
Fakta #29 Lelaki selalunya akan berlagak akan apa saja.
Fakta #30 Lelaki dikatakan tidak dapat menyimpan rahsia yang wanita beritahu mereka.
Fakta #31 Lelaki terlalu banyak berfikir.
Fakta #32 Ketinggian seseorang wanita tidak menjadi masalah kepada lelaki tetapi berat badan wanita, sudah pasti.
Fakta #33 Lelaki akan menjaga hubungan dengan baik apabila dia serius dan ada kalanya menjadi keterlaluan hingga mengongkong. Jadi hati-hatilah wanita.
Fakta #34 Apabila seseorang wanita membuat seseorang lelaki merana ketika dalam hubungan berkasih, selalunya lelaki itu sukar untuk melepaskan wanita tersebut.
Fakta #35 Adalah agak sukar bagi seseorang lelaki untuk melupakan teman wanitanya biarpun setelah berpisah lebih-lebih lagi apabila usia hubungan telah berlarutan 3 tahun atau lebih.
Fakta #36 Kebanyakkan lelaki punya keinginan untuk berubah yang kuat tetapi lemah kesungguhan.
Fakta #37 Lelaki ibarat seekor harimau bila bersama teman-teman lelakinya tetapi menjadi kucing apabila disamping wanita.
Fakta #38 Lelaki ibarat harimau bila berada dengan lelaki yang lain tetapi menjadi kucing apabila berdepan dengan wanita.
Fakta #39 Apabila seorang lelaki berlagak tenang, cuba periksa jika dia berpeluh kerana ada kalanya dia sembunyikan rasa gugup (nervous).
Fakta #40 Bila seorang lelaki mengatakan yang dia hampir gila akan seorang wanita, dia sememangnya bercakap yang benar.
Fakta #41 Apabila seorang lelaki mengatakan 'Tolong biarkan saya sendirian', dia sebenarnya mengatakan 'Tolong temani saya dan dengar keluhan saya'. Fakta #42 Lelaki selalunya tidak dapat membuat keputusan muktamad. Fakta #43 Bila seorang lelaki menyintai seorang wanita, akan terserlah keluhuran, kejujuran serta keikhlasannya.
Fakta #44 Apabila seorang lelaki mula bercakap dengan serius, dengar kerana ia mustahak.
Fakta #45 Lelaki gemar akan kelembutan seorang wanita tetapi bukan kelemahannya. Lembut bukan lemah.
Fakta #46 Lelaki ada kalanya mensifatkan wanita sebagai pelik dan sukar untuk ditafsirkan tetapi tetap menyayangi wanita itu.
Fakta #47 Bila seorang wanita mendapat tahu seorang lelaki itu telah curang dan lelaki itu minta diberi peluang, berilah kepadanya tetapi sekiranya lelaki itu curang sekali lagi dan meminta peluang, abaikan.
Fakta #48 Apabila seorang lelaki mampu untuk melepaskan seorang wanita atas keadaan yang tertentu, lelaki itu sememangnya amat menyintai wanita itu. Fakta #49 Bila seorang lelaki tiba-tiba mengajak seorang wanita untuk temujanji, tanya apa sebabnya.
Fakta #50 Apabila seorang lelaki mengatakan seorang wanita itu cantik, lelaki itu sememangnya menyukai wanita itu. ** Psst fakta-fakta diatas adalah sekadar renungan dan pengetahuan. Tidak semestinya diambil 100% kerana setiap lelaki berbeza sikap dan perwatakan. Penemuan dibuat berdasar umum, tidak tertumpu pada sesiapa secara peribadi.
By: Rahsia Wanita


SUMBER:
Ismie Eyta
 Apakah yang membuatkan anda tidak puas hati..?/POST IN GROUP


BISMILLAHIRAHMANIRAHIIM




Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...^_^

Jgnlah kita berbalah dan memutuskan SILATULRAHIIM kerana kita....

1.Berpegang pada satu KALIMAH SYAHADAH.

Asy-Hadu Al Laa Illaa IllAllah,Wa-Asyhadu Anna Muhammadar Rasuulullaah..

2.Berpegang pada AL-QURAN serta PATUH dan TUNDUK yg sama.

Bismillahirahmanirahiim

Rasul telah beriman kepada Al-Quran yg diturunkan kepadanya dari Tuhannya,demikian pula org-org yg beriman.Semuanya beriman kepada Allah,malaikat-malaikat-Nya,kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya.(Mereka mengatakan) :"Kami tidak membeda-bedakan antara seseorangpun(dengan yg lain) dari rasul-rasul-Nya",dan mereka mengatakan :"Kami dengar dan kami taat."(Mereka berdoa):"Ampunilah kami Ya Tuhan kami dan kepada Engkau lah tempat kembali."

AL BAQARAH AYAT 285

Sesungguhnya jawaban org-org mu'min,bila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka ialah ucapan."Kami mendgr dan kami patuh."Dan mereka itulah org-org yg beruntung.

AN NUUR AYAT 51

3.BERPEGANG PADA AGAMA YG SAMA.

Bismillahirahmanirahiim

Sesungguhnya agama (yg diridhai)di sisi Allah Hanyalah Islam.Tiada berselisih org-org yg telah diberi Al Kitab,kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka,kerana kedengkian(yang ada) di antara mereka.Barangsiapa yg kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat Hisab-Nya.

ALI 'IMRAN AYAT 19

4.BERPEGANG PADA SUMPAH YG SAMA.

Bismillahirahmanirahiim

Katakanlah : "Sesungguhnya shalatku,ibadatku,hidupku dan matiku hanyalah utk Allah,Tuhan semesta alam.

AL AN'AAM AYAT 162

5.BERPEGANG PADA BACAAN SURAH YG SAMA DALAM RUKUN SHALAT

Bismillahirahmanirahiim

1.Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lg Maha Penyayang.

2.Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam,

3.Maha Pemurah lg Maha Penyayang,

4.Yang menguasai hari pembalasan,

5.Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan,

6.Tunjukilah kami jalan yg lurus,

7.(yaitu) jalan org-org yg telah Engkau anugerahkan ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yg dimurkai dan bukan ( pula jalan) mereka yg sesat.

AL FATIHAH AYAT 1-7

6.BERPEGANG MENYATAKAN ORG MU'MIN SAUDARAKU.

Bismillahirahmanirahiim

Sesungguhnya org-org mu'min adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.

AL HUJURAAT AYAT 10.

7.WALAUPUN KITA BERLAINAN BANGSA,BAHASA DAN MAZHAB ,KITA TETAP DI BAWAH SATU BUMBUNG AS SUNNAH WAL JEMAAH.

Bismillahirahmanirahiim

Hai manusia,sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorg laki-laki dan seorg perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal.Sesungguh org paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah org yg paling bertakwa di antara kamu.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.

AL HUJURAAT AYAT 13

Shodaqollahul 'Aziim

Semoga kita tidak bermusuh sesama saudara,marah sesama saudara...buang yg keruh ,ambil yg jernih,br teguh peribadi...usahlah kita berbalah tiada faedahnya...wujudkan JEMAAH kita semua..dan amalkan doa ini utk menghindarkan perasaan HASAD DENGKI.

Bismillahirahmanirahiim

"Ya Tuhan kami,beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yg telah beriman lebih dahulu dari kami,dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap org-org yg beriman;Ya Tuhan kami,sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.

AL HASYR AYAT 10

DAN hiduplah kita sentiasa tegur menegur sesama kita di dalam surah AL 'ASHR AYAT 3 dan AL A'LAA AYAT 9 Firmannya:

kecuali org-org yg beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran..

Oleh sebab itu berikanlah peringatan kerana peringatan itu bermanfa'at.

Saya berpesan utk diri saya dan juga saudara saudariku Umat Nabi Muhammad S.A.W. Yg Di Kasihi ALLAH S.W.T...ingatlah sehebat manapun kita ,kita tetap juga sama ..kita diciptakan dari tanah liat kering dari lumpur hitam yg diberi bentuk dan pada tanah juga kita kembali...kukuhkanlah persaudaraan ini,sebarkanlah SALAM akan dapat kembali SILATULRAHIIM...

♥ SUKA MENDGR(AL-QURAN)
♥ PATUH DAN TUNDUK
♥ BERJIHAD
♥ BERHIJRAH(BERUBAH)
♥ JEMAAH(PERPADUAN)

PESANAN Nabi S.A.W. Pada para sahabat 5 perkara dan Baginda mengamalkannya..

Waallahualam

Mohon maaf lahir dan batin..Yg Baik datang daripada Allah,yg jahat silap dan Khilaf saya sendiri..

Wassalam
by:Zambrontta Zam




SUMBER:
Cahaya Keinsafanku
CintaAllahCintaAbadi@groups/DOCS

Cinta Sejati




Cinta Sejati

Bertepuk sebelah tangan sahaja tidak akan berbunyi. Bercinta dengan yang tidak mencintai, akan menyebabkan seseorang itu kecewa dan merana . Itulah lumrahnya apabila bercinta dengan manusia. Sebaliknya bercinta dengan Allah,Tuhan yang Maha Pencinta atau'Al Waduud' itu, cinta kita pasti akan berbalas. Bahkan ia diberi penghargaan dan disambut dengan baik.

Cinta Allah yang Maha Pencinta tidak memilih siapa, rupa, gaya dan bagaimana keadaannya. CintaNya boleh direbut oleh sesiapa sahaja, asalkan rajin berusaha untuknya. Cinta yang tidak pernah luput walau sesaat malahan terus berkekalan. Berbeza dengan manusia yang hanyacinta pada yang disukai dan diminati. Cintanya pula bermusim dan tidak kekal. Sewaktu disenangi dicintai, bila jemu atau benci tidak lagi dicintai malah ditinggalkan.

Cinta manusia juga terhad dan ada kepentingan. Isteri cintakan suami kerana suami tempatnya bergantung. Ibu mencintai anak kerana anak itulah penghiburnya di kala sunyi. kawan menyayangi kawan kerana dapat berkongsi merasai senang dan susahnya hidup. Pengikut sayangkan ketua kerana ketua menjadi penaungnya.
Namun Allah yang Maha Pencipta mencintai hamba-hambanya tanpa ada kepentingan apa-apa. Allah hanya melebihkan kecintaanNya kepada orang-orang yang mencintaiNya, sebagai ganjaran buat hambaNya itu.. Allah akan murka kepada orang yang mengingkariNya, yang sombong dan memang tidak mahu langsung mencintaiNya.

Cinta Seindah Yang Diucap.

Semua orang boleh mengaku dan berikrar bahawa dia mencintai Allah. Tapi tindak-tanduknya dapat mencerminkan apakah dia benar-benar mencintaiNya. Dan Allah sendiri lebih tahu siapakah diantara hamba-hambanya yang benar-benar mencintaiNya. Orang yang benar-benar mencintai Allah sanggup berbuat apa sahaja keranaNya. Kalau terhadap orang yang dikasihi, suami dan lain-lain diberikan perhatian dan tumpuan, Sanggup berkorban apa sahaja, pastilah terhadap Allah lebih-lebih lagi. Malah sanggup pula bersusah payah bangun malam untuk bertemu dan bercakap-cakap dengan kecintaannya. Sedang orang lain seronok bergaul bebas dengan kekasih hati, dia bermujahadah (melawan kehendak nafsu) menolak ajakan kekasihnya kerana mengutamakan larangan Allah SWT yang kasihNya lebih utama.

Tanda Cinta.

Tanda seseorang itu mencintai Allah ialah dia beriman kepada Allah, bertaqwa, berkorban untukNya dengan melakukan kebajikan, sabar, bertaubat,membantu kerja-kerja menegakkan agama melakukan ibadah yang fardhu dan rajin mengerjakan ibadah-ibadah sunat. Dia berkasih sayang dengan sesama manusia dan saling bersilaturrahim kerana Allah, dengan menjaga batas-batasnya, saling beri-memberi kerana Allah demi keredhaanNya. Tidak kerana yang lain.Allah melimpahkan kecintaanNya dan menempatkan orang-orang yang dicintaiNya itu pada kedudukan yang tinggi dan mulia di Akhirat.
Allah isytiharkan cintaNya di dalam Al-Quran kepada orang yang sungguh-sungguh beribadah berbuat kebaikan danberakhlak mulia.
Diantaranya Allah berfirman:

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang sabar." ( Surah: Ali Imran,Ayat:146.)

"Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebajikan." ( Surah Ali-Imran,Ayat: 134 )

"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang mensucikan diri." ( Surah: Al-Baqarah. Ayat: 222 )

Untungnya Orang Bercinta.

Beruntunglah orang yang bercinta dengan Allah kerana mendapat perhatian,cinta dan kasih sayangNya. Istimewanya orang yang bercinta dengan Allah dan mendapat balasan cintaNya, seluruh isi langit dan bumi akan turut mencintainya. Dia menjadi kekasih Allah manakala orang yang mencintainya turut mendapat kecintaan daripada Allah pula. Orang yang mendapat kecintaan Allah hidup bahagia dan tenang ketika di dunia lagi. Di Akhirat Allah akan berikan kebahagian yang abadi. Begitulah istimewanya orang yang bercinta dengan Tuhan yang Maha Pencinta itu. Kita pasti tidak mahu gagal dalam bercinta. Agar cinta kita berbalas, bercintalah denganNya,Tuhan yang Maha Pencinta itu dengan curahan cinta agung. Pasti akan mendapat balasan cinta yang istimewa dariNya. Usahkan di Akhirat, di dunia lagi, terasa di hati balasan cintaNya.

Rasulullah pernah bersabda :- Cintailah sesuatu itu sekadar saja. Berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu seketika Bencilah yang engkau benci itu sekadar saja.. berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika.
by:Mohamad Rizal





SUMBER:
Cahaya Keinsafanku
CintaAllahCintaAbadi@groups/DOCS

INGAT MENGINGATI !!!




DI INGATKAN SEMULA supaya tak lupa...moga-moga diri kita, zuriat kita, ahli keluarga, keturunan kita tidak terjebak seperti perkara-perkara berikut:-

Protokol ke 10 Yahudi mengandungi 8 perkara.

1.Song.

Lagu-lagu yang menghiburkan. Jika ada anak-anak yang tak tau mengucap tetapi boleh menghafal lagu Korea/Hindustan yang panjang berjela-jela. Ada anak-anak yang tak hafal Fatihah, tapi boleh mengingati lagu Siti Nurhaliza yang panjangnya berdepa depa. Berjaya sudah Yahudi. Hingga kita terfikir bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?

2. Sex.

Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex dimana-mana sahaja. Di kaca tv, dalam filem, dalam iklan dan babak sex amat lumrah. Kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex. Filem 18SX amat laris berbanding filem U. VCD lucah mudah didapati dan harganya amat murah. Adakah filem yang tiada adegan sex?. Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah.

3.Smoke.

Rokok.menjadi kegilaan para remaja sehingga dikatakan tidak moden jika tidak merokok. Malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan yang kononnya mau digelar "up to date". Dulu yang merokok ini golongan pelacur saja ataupun penari kabaret (aku tengok dari filem P Ramlee) Syabas yahudi, berjaya lagi kamu.

4.Sport.

Pelbagai jenis sukan ditonjolkan dan lelaki dengan perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan. hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga.. Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali, sembahyang pun banyak yang miss, bukan yang bermain sahaja tak sembahyang. Yang menonton pun tak sembahyang juga. Kalau menonton di rumah akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak macam mana masuk GOL. Yahudi gol lagi. Sampai ada ulama' kata " Kerana sukan, sembahyang boleh tangguhkan" Masya-Allah!!!

5. Fun.

Hiburan ada di mana-mana dan kita dapat hiburan yang melalaikan. Kalau kita lihat dalam 100 majalah mungkin 99 adalah majalah hiburan termasuklah majalah mangga. Yang menayangkan buah mangga artis perempuan. Kalau ada konsert, sanggup orang Islam bertandang hingga menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert pelbagai maksiat akan diselit masuk. Yahudi terhibur lagi.

6.Female.

Perempuan tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan terutama dalam iklan yang kadang-kadang tidak ada kena mengena dengan perempuan. Kalau kita ke kedai bateri kereta di hadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi. Apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan? Kalau iklan Modess, perempuan ada patutlah. Yahudi bersorak lagi.

7.Fashion.

Fesyen terutama perempuan yang bermacam- macam sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat. Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang kekadang menampakkan pusat dan bontot gebu! Yang mewarnakan rambut lagi teruklah. Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan. Bila warnakan rambut mestilah tidak bertudung sebab kalau bertudung bagaimana nak menayangkan warna rambut yang terkini itu. Kalau dah rambut diwarnakan sembahyang pun tak sah malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air itu tak kira yang cukur bulu kening lagi. Yahudi ketawa lagi. Umat islam sudah jadi macam Yahudi.

8. Food.

Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasukalah McD, Kentucky , Pizza hut dan seribu satu macam lagi. Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah dipandang hina. Cuma terkenal semasa bulan Ramadhan sahaja sebab nak pahala lebih. Masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan, tetapi makanan Barat menjadi kebanggaan. Bila makanan datang dari Barat, adakah kita yakin tentang halalnya? Contohnya Kentucky rempahnya datang dari Amerika. Siapa nak pergi check kat kilangnya.Halal ke tidak? Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap. Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam yahudi tetapi berfikiran pun macam yahudi. Nauzubillah!!. Yahudi makan Islam lagi.

Itu baru protokol yang ke 10. Yang lain-lain entah macam-macam lagi. Oleh itu, jika berlaku pertembungan antara kepentingan manusia dengan kepentingan Allah. DAHULUKAN KEPENTINGAN ALLAH!.

1 minit untuk mengingat Allah

Langkah 1:

Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:

1. SUBHANA'LLAH

2. ALHAMDULI'LLAH

3. LAA I LAAHA ILLA'LLAH

4. ALLAHU AKBAR

5. ASTAGHFIRU'LLAH

6. LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH

7. ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI· WA SAHBIHI AJMA'EEN

Langkah 2:

1. Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan .

Langkah 3:

1. Ajak saudara mara dan kawan-kawan membaca posting ini kepada yang anda kasihi.

Hasil 1:
Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingat, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH SWT.

Hasil 2:
Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingat, berdoa kepada Nabi Muhammad SAW.

Firman Allah swt :

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Kami, adalah orang-orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat (Kami), mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhannya, sedang mereka tidak menyombongkan diri". (Surah As Sajadah ~ Ayat 15)

Selamat beristiqomah ke jalan Allah SWT supaya mendapat rahmatNya dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Wasallam. Jazakallah Khairan

SUMBER:
Ram Lah
CintaAllahCintaAbadi@groups/POST

Isnin, 23 Mei 2011

NAFISA/XPDC

Nafisa – XPDC
Di keheningan malam ini
Aku di himpit kenangan
Sejarah cinta mengajar ku
Sepanjang hari
Sepanjang malam

Di benak ku kau sentiasa
Lalu memukau jiwa
Jadi sentimental
Hati lelaki ini

Terkadang perjalanan jauh
Yang kan mampu aku menapak
Pendakian gunung yang tinggi
Lembah curam yang ngeri
Aku harungi

Sepuluh musim yang benderang
Bagai di rendam perasaaan
Mentari terik tak terasa
Awan berlalu mendung
Berganti masa

Itu pun dia kehadiran
Yang tak mungkin aku lepaskan
Dakap erat sepenuh kasih
Genggam genggaman ini
Menambah seri

Biarlah dunia beredar
Rentak sama kita berlari
Menuju titik permulaan
Belum tahu dimana
Ia berakhir

Terkadang perjalanan jauh
Yang kan mampu aku menapak
Pendakian gunung yang tinggi
Lembah curam yang ngeri
Aku harungi

Sepuluh musim yang benderang
Bagai di rendam perasaaan
Mentari terik tak terasa
Awan berlalu mendung
Berganti masa
Itu pun dia kehadiran
Yang tak mungkin aku lepaskan
Dakap erat sepenuh kasih
Genggam genggaman ini
Menambah seri
Biarlah dunia beredar
Rentak sama kita berlari
Menuju titik permulaan
Belum tahu dimana
Ia berakhir

8 HAL YANG AKAN HILANG DAN TAK BERGUNA

(¯`?´¯) .?.•¨`*? ?
´*.¸.•´8 HAL YANG AKAN HILANG & TAK BERGUNA
?ILMU yang tak diamalkan.??
?PERBUATAN yang tak ikhlas.??
?HARTA yang tak dinafkahkan.??
?HATI yang tak diisi dengan cinta pada Allah.??
?BADAN yang tak mampu taat pada Allah.??
?CINTA yang tak diikat dengan keredhaan Allah.??
?WAKTU yang tak diguna untuk mendekatkan diri pada Allah.??
?FIKIRAN yang diguna untuk hal yang tak berguna.??