Rabu, 25 Mei 2011

Fakta Sebalik Isihati, Isyarat & Kata-kata Yang Diberi Lelaki



Fakta Sebalik Isihati, Isyarat & Kata-kata Yang Diberi Lelaki
Fakta #01 Lelaki tidak selalunya tertarik kepada wanita yang cantik tetapi lebih terpesona kepada wanita yang kemas dan menawan keterampilannya. Fakta #02 Lelaki tidak suka kepada yang suka berpoya-poya.
Fakta #03 Lelaki boleh menyukai kamu seketika dan melupakanmu selepas itu.
Fakta #04 Apabila seorang lelaki mengatakan yang dia tidak memahami anda, ia sebenarnya bermaksud anda tidak berfikir sepertinya.
Fakta #05 Apabila seorang lelaki mengatakan 'You tengah buat apa?' atau 'You dah makan?', adalah pertanyaan biasa dilafazkan untuk menghilangkan rasa gagap atau kekok (stammering).
Fakta #06 Seorang lelaki dapat berfoya-foya sehari suntuk tetapi sebelum dia tidur, dia akan mengingati wanita yang benar-benar dia hiraukan.
Fakta #07 Bila seorang lelaki benar-benar suka pada seorang wanita, dia tidak akan mempedulikan apa juga sikap buruk yang ada pada diri wanita itu. Fakta #08 Lelaki boleh jadi tidak menentu hanya dengan senyuman seorang wanita.
Fakta #09 Lelaki akan buat apa saja untuk mendapatkan perhatian wanita. Fakta #10 Lelaki menyampah apabila seorang wanita selalu berbual tentang bekas kekasihnya.
Fakta #11 Lelaki juga menangis!!!
 Fakta #12 Jangan bangkitkan kemarahan (provoke) seorang lelaki kerana mereka akan marah.
Fakta #13 Bila seorang wanita berjaya menyentuh hati seorang lelaki, tidak ada jalan untuk berpatah balik.
 Fakta #14 Lelaki secara purata memang pandai memuji atau berjinak-jinak (flirt) dengan ramai wanita tetapi akan gugup bila berdepan dengan wanita yang benar-benar disukainya.
Fakta #15 Bila seorang wanita mengatakan 'Tidak', bagi lelaki ia mengatakan 'Cuba lagi esok'.
Fakta #16 Secara purata, lelaki amat menyayangi ibunya.
Fakta #17 Lelaki sanggup mengorbankan duit makannya hanya untuk membelikan sekuntum dua bunga ros untuk si wanita.
Fakta #18 Lelaki sering kali teringat kepada wanita yang menyukainya tetapi itu tidak bererti si lelaki juga menyukainya.
Fakta #19 Wanita tidak akan pernah dapat memahami lelaki jika tidak pernah cuba mendengar.
Fakta #20 Awas. Bila lelaki mengumpat, ngumpatan lebih pantas tersebar ke separuh dunia daripada wanita.
Fakta #21 Seperti Hawa, wanita adalah kelemahan lelaki.
Fakta #22 Lelaki selalunya bersikap terbuka mengenai dirinya.
Fakta #23 Adalah baik untuk menguji seseorang lelaki sebelum dipercayainya tetapi jangan terlalu lama buat dia menunggu.
Fakta #24 Lelaki paling tidak suka apabila bajunya kotor biarpun hanya setitik tanda kekotoran.
Fakta #25 Lelaki amat mengkagumi wanita yang dia minati biarpun wanita itu tidaklah secantik mana.
Fakta #26 Ada kalanya apabila seseorang lelaki bercerita mengenai masalahnya, selalunya lelaki itu hanya inginkan seseorang untuk mendengar. Wanita yang mendengar tidak perlu beri nasihat.
Fakta #27 Antara cara untuk mengetahui seorang lelaki itu menyukai atau minat akan seseorang wanita adalah apabila lelaki itu mengusik.
Fakta #28 Lelaki akan mencari jalan apa saja untuk memesongkan wanita dari mengaitkan diri lelaki tersebut dengan seseorang yang lain.
Fakta #29 Lelaki selalunya akan berlagak akan apa saja.
Fakta #30 Lelaki dikatakan tidak dapat menyimpan rahsia yang wanita beritahu mereka.
Fakta #31 Lelaki terlalu banyak berfikir.
Fakta #32 Ketinggian seseorang wanita tidak menjadi masalah kepada lelaki tetapi berat badan wanita, sudah pasti.
Fakta #33 Lelaki akan menjaga hubungan dengan baik apabila dia serius dan ada kalanya menjadi keterlaluan hingga mengongkong. Jadi hati-hatilah wanita.
Fakta #34 Apabila seseorang wanita membuat seseorang lelaki merana ketika dalam hubungan berkasih, selalunya lelaki itu sukar untuk melepaskan wanita tersebut.
Fakta #35 Adalah agak sukar bagi seseorang lelaki untuk melupakan teman wanitanya biarpun setelah berpisah lebih-lebih lagi apabila usia hubungan telah berlarutan 3 tahun atau lebih.
Fakta #36 Kebanyakkan lelaki punya keinginan untuk berubah yang kuat tetapi lemah kesungguhan.
Fakta #37 Lelaki ibarat seekor harimau bila bersama teman-teman lelakinya tetapi menjadi kucing apabila disamping wanita.
Fakta #38 Lelaki ibarat harimau bila berada dengan lelaki yang lain tetapi menjadi kucing apabila berdepan dengan wanita.
Fakta #39 Apabila seorang lelaki berlagak tenang, cuba periksa jika dia berpeluh kerana ada kalanya dia sembunyikan rasa gugup (nervous).
Fakta #40 Bila seorang lelaki mengatakan yang dia hampir gila akan seorang wanita, dia sememangnya bercakap yang benar.
Fakta #41 Apabila seorang lelaki mengatakan 'Tolong biarkan saya sendirian', dia sebenarnya mengatakan 'Tolong temani saya dan dengar keluhan saya'. Fakta #42 Lelaki selalunya tidak dapat membuat keputusan muktamad. Fakta #43 Bila seorang lelaki menyintai seorang wanita, akan terserlah keluhuran, kejujuran serta keikhlasannya.
Fakta #44 Apabila seorang lelaki mula bercakap dengan serius, dengar kerana ia mustahak.
Fakta #45 Lelaki gemar akan kelembutan seorang wanita tetapi bukan kelemahannya. Lembut bukan lemah.
Fakta #46 Lelaki ada kalanya mensifatkan wanita sebagai pelik dan sukar untuk ditafsirkan tetapi tetap menyayangi wanita itu.
Fakta #47 Bila seorang wanita mendapat tahu seorang lelaki itu telah curang dan lelaki itu minta diberi peluang, berilah kepadanya tetapi sekiranya lelaki itu curang sekali lagi dan meminta peluang, abaikan.
Fakta #48 Apabila seorang lelaki mampu untuk melepaskan seorang wanita atas keadaan yang tertentu, lelaki itu sememangnya amat menyintai wanita itu. Fakta #49 Bila seorang lelaki tiba-tiba mengajak seorang wanita untuk temujanji, tanya apa sebabnya.
Fakta #50 Apabila seorang lelaki mengatakan seorang wanita itu cantik, lelaki itu sememangnya menyukai wanita itu. ** Psst fakta-fakta diatas adalah sekadar renungan dan pengetahuan. Tidak semestinya diambil 100% kerana setiap lelaki berbeza sikap dan perwatakan. Penemuan dibuat berdasar umum, tidak tertumpu pada sesiapa secara peribadi.
By: Rahsia Wanita


SUMBER:
Ismie Eyta
 Apakah yang membuatkan anda tidak puas hati..?/POST IN GROUP